Saturday 31 December 2011

JOHO




                                                                                               JOHO keychain
JOHO lanyard
JOHO 1st Mini Notebook

Wallpaper JOHO


"Be Responsible" in GREEN


"Be Responsible" in WHITE




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Monday 19 December 2011

Nasihat Guru kepada Murid

Nasihat Guru kepada Murid

Nasihat Guru kepada MuridYa murid-murid…Tika kau menduduki peperiksaan…
Berselawatlah…
Kerana ia membuatkan dirimu lebih yakin kepada diri sendiri…Ya murid-murid…
Tika kau menduduki peperiksaan…
Ingatlah kepada kedua orang tuamu…
Bukannya yang lain…Ya murid-murid…
Tika kau menduduki peperiksaan…
Ingatlah kepada Allah…
Dia adalah sumber kekuatanmu…Ya murid-murid…
Tika kau menduduki peperiksaan…
Ingatlah kepada bibirmu…
Harus beralas bila berkata…
Harus…Ya murid-murid…
Tika kau menduduki peperiksaan…
Ingatlah kepada semua buku-bukumu…
Chapter by chapter…
Supaya kau tak lupa…ikoko:Sentiasa ingat-mengingat, akhirat itu yang abadi.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday 18 December 2011

7 CARA BERSIKAP POSITIF

7 CARA BERSIKAP POSITIF





Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…
1. Bersangka baik dengan sesiapa saja. Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2. Tumpukan pada nilai-nilai murni. Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.
3. Elak emosi negatif. Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.
4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin. Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!. Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Jangan ambil kisah cakapan orang. Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.
7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda. Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.
Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!
?AMINNNNNN…

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Saya Sayang Awak Lebih

Saya Sayang Awak Lebih

Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.
Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.
Tapi si gadis pula memang tak nak give up. Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia. Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia. Luangkan lebih banyak masa. Telefon selalu. Yang si lelaki ni pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je. Tak bebas. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Friday 16 December 2011

Baik belum tentu benar, Dan benar belum tentu baik

Baik belum tentu benar, Dan benar belum tentu baik

Begini Kisah Nyata itu,
( diceritakan dengan narasi yang cukup panjang ).
Ada seseorang yang bernama B ( sebut aja namanya B ), seorang yang pernah menjadi Kasie Quality Control sebuah perusahaan yang bergerak di Offset dan Packaging, untuk mencetak pembungkus Dancow, Milo, SGM, Nescafe, Kuku Bima, dll… Kemudian Dia pun pernah bekerja menjadi orang Kepercayaan tangan kanan / Pimpinan di sebuah perusahaan / pabrik percetakan ternama.

Dengan nama yang menjulang langit, dengan kebehasilan yang diperoleh, Gaji yang tinggi, kekayaan yang ada.
Kemudian orang tersebut ( sebut nama B ) , memutuskan dan mengundurkan diri dari perusahaan tempatnya bekerja karena sebuah Hidayah yang diperolehnya.

Sebagai seorang Sarjana Teknik Mesin dan pernah juga mengenyam di pendidikan perguruan tinggi Matematika,
si B tersebut sekarang meninggalkan kehidupan dunia untuk akhirnya bekerja di ladang ROHANI.

Yang mana hal itu tak terlihat kekayaan dan semua milik kehidupan dunia dilepaskannya.
Menjalankan lelaku……….
Yang cukup berat sesuai petunjuk yang diperolehnya.

5 bulan tidak pernah berganti baju dan tidak berganti celana. Bajunya hanya 1 berwarna putih, dan celananya berwarna hitam, itupun juga cuma 1.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 14 December 2011

perangai lelaki jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .
Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya….
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

Adakah Sedia Untuk Di Kritik?


Menulis blog adalah sesuatu yang indah. Ramai blogger-blogger yang merasai getaran ini. Malah apa yang aku perhatikan ramai yang cuba untuk ada blog sendiri. Ramai blogger baru yang muncul. Setiap hari dan setiap masa, dunia Internet tidak pernah sunyi dari kemunculan blogger-blogger yang baru.
Ini membuktikan penulisan blog menjadi satu trend yang juga begitu hebat seperti pengaruh facebook. Mengapa? Mengapa ramai yang ingin menulis blog? Ikut trend, ikut kawan atau betul-betul minat? Tepuk dada tak hati masing-masing. Jawapannya ada pada diri anda semua blogger.
Bila dah ada blog, sudah pasti banyak cerita yang ingin di kongsikan untuk para pengunjung. Mesti banyak informasi yang ingin di beritahu kepada semua. Macam-macam cerita nak di ceritakan. Lebih banyak entri yang di hasilkan, pasti lebih banyak komen yang di terima.  Bagi seorang blogger, perkara yang paling manis adalah menerima komen yang membina atau komen yang memuji atau komen yang sentiasa setuju dengan setiap entri yang dihasilkan.
Tetapi, bagaimana pula komen yang berbentuk kritikan? Adakah komen yang disiarkan siap sedia untuk di siarkan di blog anda semua? Bagaimana para blogger mengambil kira komen yang berbentuk kritikan. Komen kritikan seperti ini :
1) “Saya tidak setuju dengan pendapat penulis. Penulis hanya memandang pada satu sudut sahaja. Bagaimana perasaan orang lain ?”
2) ” Rasanya susah nak baca entri ini. Ayat tunggang langgang. Berbelit nak baca.”
3) ” Jangan menulis seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, sila study dulu sebelum tulis”
4) ” Rasanya background blog ni lebih elok berwarna lebih terang. Gelap sangat laa”
5) ” Entri yang tak masuk akal langsung. Tiada asasnya”
Bagaimana jika anda semua menerima komen-komen yang berbetuk kritikan seperti di atas? Apa yang perlu anda buat? Approve komen itu? Siarkan komen itu? Just approved tetapi tak reply pun? Macam mana? Sudah pasti ianya sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Pasti ianya menjadi lebih sukar jika entri yang dihasilkan menerima kritikan yang banyak. Macam mana? Nak approved atau delete sahaja komen kritiakn yang diberikan?
Bagi aku, ini salah satu saat yang mencabar untuk diri blogger itu sendiri.  Jika tidak di ambil kisah, sudah pasti komen berkenaan akan di buang terus. Mungkin tak perlu rasanya. Mungkin komen yang berbetuk kritikan akan mengubah persepsi pengunjung lain pada blog berkenaan.
Tetapi jika seseorang blogger yang inginkan kemajuan,membuang komen kritikan bukan sesuatu langkah yang terbaik. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Mengapa? Jika setiap kritikan itu di halusi dengan baik, ia pasti akan membantu tuan punya blog untuk meningkatkan lagi bentuk penulisan yang dihasilkan.  Sebagai blogger mungkin anda tidak perasan bagaimana bentuk penulisan anda? Adakah penulisan anda di terima baik oleh pengunjung? Adakah anda menulis syol sendiri? Sejauh mana kualiti penulisan anda pada setiap entri yang di hasilkan? Adakah pembaca blog anda 100% dengan penulisan anda?
Bagi aku mudah. Setiap komen yang di terima perlu diambil sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan penulisan yang baik. Walaupun komen itu berbentuk kritikan, ambil komen itu sebagai satu cabaran untuk diri sendiri bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti pada masa akan datang. Jangan di simpan dalam hati dan ambil ia sebagai satu sudut yang positif. Buka minda anda untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan tahap penulisan blog.
Mungkin satu perkara yang para blogger tidak perasan jika menerima komen yang berbentuk kritikan. Secara logiknya, jika pembaca itu memberikan satu kritikan, sudah pasti seluruh entri yang anda tulis itu dibaca dari mula sehingga penghujungnya. Bukankah entri yang anda tulis itu berjaya mencuri tumpuan pembaca? Nah..anda sudah berjaya mencuri tumpuan pembaca untuk membaca entri yang dihasilkan. Bukan setakat baca tetapi menarik tangan dan pemikiran mereka menaik dan  memberikan kritikan atau komen yang membina. Inilah yang dikatakan “Manisnya menulis blog”.
Jadi, jangan gentar dan takut dengan sebarang kritikan yang di terima pada setiap komen yang di terima. Ambil positif dan jangan terlalu emo serta marah dengan pendapat pembaca blog anda. Mungkin tanpa kritikan yang membina, kita kita tidak sedar dengan kehendak pembaca blog. Mungkin tanpa kritikan, kita tidak sedar sejauh mana kualiti penulisan blog kita sendiri. Jangan ambil mudah soal ini. Percayalah, ia boleh membantu untuk meningkatkan penulisan anda. Fikir-fikirkanlah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥