Saturday 7 January 2012

Lelaki Melayu Kahwin Dengan Lelaki Eropah


Pemuda Melayu kahwin dengan lelaki di Dublin Eropah telah cetuskan kontroversi di internet. Isu mengenai seorang pemuda yang memakai baju Melayu yang dikenal sebagai Aliff Alfian Rosli serta bersampin dan bertengkolok di kepala sedang mencium pasangannya yang juga seorang lelaki bernama Jonathan dalam satu majlis perkahwinan pasangan gay telah mencetuskan kontroversi dan hebat diperkatakan di internet.
Majlis tersebut yang merupakan satu majlis perkahwinan sivil telah berlangsung di luar negara. Terdapat juga gambar yang diposkan di dalam laman web bigayweddingproject.com menunjukkan ‘kekasih’ pemuda yang dipercayai Melayu itu sedang menyarungkan cincin ke jari manisnya.
Lelaki Eropah itu memakai pakaian yang biasa dipakai oleh pasangan lelaki pengantin Barat. Hakikat bahawa pemuda berkenaan memakai baju Melayu dan bersampin kuat membuktikan bahawa dia adalah dari Malaysia.


 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.