Tuesday 17 January 2012

Manusia cenderung bergosip

Tadi aku terbaca artikel pasal bergosip. kadang2 gosip dan perempuan tak boleh dipisahkan..betul ke?..adakah mengumpat itu juga dikatakan bergosip..atau gosip itu hanya untuk artis dan mengumpat untuk orang biasa..aku tengah kompius ni..jadi jom kita baca untuk pemahaman..

Bergosip bukan amalan yang sihat namun masih ramai yang berdepan kesukaran untuk menghindarinya. Walaupun minda mengarahkan kita supaya tidak mendengar perbualan tentang orang lain, arahan itu seperti tidak dipedulikan, malah kita menjadi semakin teruja untuk mendengar gosip tersebut, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan orang yang kita kenali.Hanyut dalam lingkaran gosip memang susah untuk dibuang. Salah satu penyebabnya adalah sistem visual manusia yang telah diprogram untuk fokus kepada gosip negatif yang kita dengar.
  
Selain itu, minda manusia lebih mudah untuk mengingati gosip yang negatif berbanding perkara baik.“Secara semula jadi, manusia lebih sensitif kepada informasi yang mungkin berpotensi mengancam kehidupan kita,” Tambahnya lagi, walaupun topik dalam gosip itu mengenai orang lain, misalnya pertelingkahan antara rakan kita, kita akan menjadi semakin teruja untuk mendengarnya.

Kajian sebelum ini menunjukkan manusia cenderung untuk menghakimi dan senang bercakap tentang orang lain.Walaupun gosip telah lama berada dalam lingkungan sosial, tetapi manusia tidak lahir untuk bergosip. Walaupun kecenderungan itu ada, sebagai ibu bapa, kita perlu menjauhi gosip dengan cara menjaga pertuturan dan mengelak daripada bercakap hal negatif orang lain.

psttt..kau nak tau tak ...bla.... bla... bla.. bla...
*jadi bagi aku gosip baik artis mahupun kisah masyrakat..dah jadi lumrah..memang best bila ckp yang negatif pasal orang..cuba cerita yang positif mesti kurang best kan..macam tak ada garam dalam masakan..kih kih kih...dan tidak terkecuali lelaki biarpun kadang2 nampak macam lelaki ni suka tak ambik tahu.tapi dalam hati sapa tau kan..jadi elak2 kan lah bergosip2 ni.. "jangan lah anda bergosip2 sebelum anda digosipkan".. kih kih kih kih 
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.