Saturday 7 January 2012

Tali ini




Tali silaturahim ini
daripada kapas budi
dan santun akal
dipintali jari-jemari sabar
dan kasih sayang
diterikkan oleh keikhlasan
sejuta persaudaraan

Tali ini juga
daripada serat bakti
dan mesra kata
dikentali empati
dan semangat memberi
dikejapi bersama
sepenuh upaya

Tali ini untuk mengikat
prasangka dan niat
sejuta kesumat
sebelum merabak bak mergastua
liar yg lapar

Tali ini direntang
untuk menghalang pertualang
memadamkan silam
dan sinar menjelang

Tali ini untuk menaikkan bendera
di tiang kedaulatan
negara tercinta

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Adam! Like Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.